Thursday, January 5, 2012

Dugaan

Tahun 2012 bermula dengan pelbagai cabaran. Selain kerja & bisnes yang tak pernah putus (perkara yang bagus), terpaksa juga menghadapi satu isu yang membuatkan aku tergamam dengan pelbagai rasa. Sebelum ni biasa kita dengar tentang perkara-perkara sebegini dalam hati hanya mampu terdetik perkataan tergamaknya manusia. Tapi bila berlaku pada diri sendiri barulah kita sedar hakikat sebenar manusia dan dunia. Syukur aku masih mempunyai orang sekeliling yang begitu memahami, sealiran dan sependapat. Sokongan mereka umpama pengubat duka lara. Bila teringatkan cabaran ni pun buat aku rasa bergetar satu badan. Tidur pun jadi tak lena, hidup pun jadi tak aman. Lawan pingpong ngan Halim selalu kalah .hmm..hilang fokus. Semoga semuanya akan berakhir dengan baik. InsyaAllah.

0 comments: