Sekarang ni memang selalu la kita dapat tengok polis-polis meronda di jalanan, buat road block, tahan lori atau motor tepi jalan. Kebanyakkan yang aku perhatikan polis yang muda-muda seolah-olah baru grad dari kolej kepolisian. Sejauh mana kualiti yang ada pada polis-polis muda mahupun yang dah senior tidak pulak dapat aku pastikan tapi dari pengalaman aku baru-baru ni berurusan dengan mereka ni membuatkan aku meletakkan pandangan yang agak sinis.
Kiosk berniaga aku kena kopak dan dirompak. Kehilangan sejumlah wang tunai (agak besar jika mengambil kira perniagaan yang kecil sahaja) dan sebuah laptop. Seperti biasa report polis dibuat dan suspek berjaya diperolehi hasil penemuan dari cctv pihak Jusco. Aku taknak ulas panjang pasal kejadian rompakan tersebut tapi aku lebih terkilan apabila merasakan fungsi pihak yang berwajib iaitu polis lebih kepada menerima laporan sahaja dan memastikan prosedur-prosedur mereka dipatuhi. Birokrasi lebih penting daripada menyelesaikan dan membantu pihak-pihak yang teraniaya.
Report awal telah dibuat. Kemudiannya kami perlu membuat laporan lagi ke Pegawai Penyiasat di balai polis yang lain. Menunggu sarjan tersebut memakan masa lebih sejam hanya untuk mendapati yang beliau tidak ada dan tidak bertugas pun pada hari tersebut walaupun disuruh menunggu. Setelah beredar tapi dengan perasaan tidak puashati kami menelefon sarjan yang sepatutnya bertugas tapi sarjan tersebut tetap meminta aku berjumpa dengan sarjan tak bertugas. Dipendekkan cerita, kami dapati sarjan yang tak bertugas tu ada sebenarnya di balai tempat kami menunggu lebih sejam tadi. What the ****.
Sepanjang hari rasanya penat jadi macam bola, menunggu, kena marah dan akhirnya mendapati mereka lebih berminat untuk memastikan segala report dan prosedur dipatuhi berbanding menyelesaikan kes. Walaupun kami telah menyatakan suspek telah dikenalpasti hasil rakaman cctv, namun ia tidak cukup untuk menarik minat mereka membantu menangkap pihak suspek. Aku dapat rasakan dari riak muka sarjan tu, bila ada suspek akan lebih menyusahkan mereka kerana terpaksa bertindak. Well, aku faham kes aku ni kecik je berbanding kes-kes berprofil tinggi yang lain.
Aku tak perlu nak perincikan lagi apa yang berlaku seterusnya tapi hasil permerhatian aku setelah berurusan banyak kali dengan mereka sebelum ini kebanyakkannya adalah menghampakan. Satu perkara yang bagusnya adalah polis-polis yang bertugas di kaunter hadapan nampak mesra, ramah dan sentiasa melemparkan senyuman tapi hakikatnya jika diperhatikan secara mendalam dan lebih terperinci, diaorang ni pun mempunyai sifat-sifat manusia yang biasa di sektor awam yang jelek seperti malas, suka berborak, mengelak kerja dan sebagainya. Mungkin tak semua tapi ianya berlaku seringkali...hmmm...

5 comments:
Bila ko sebut pasal sarjan ni aku teringat lak kes kete aku hilang kena tarik dulu...Sarjan tu mcm2 suruh aku buat, itu ini, pastu dia suruh panggil cina kedai kete aku lah yg duduk kat kluang tu dtg balai polis central utk selesai kes. Apa yg mengecewakan bila aku bawak cina tu dtg, hapah dia x tgk pun muka cina tu terus selesai kes...aku plak malu ngan cina tu sbb cam xde fungsi dtg dr kluang. Smpi skrg aku ingt nama sarjan tu. Sory ye kwn2 yg keje polis. bukan nak mengutuk tp itulah kenyataannya...
yesss saya ponnnn! kononnya sarjan tu kata kita dah boleh tangkap nih, kita dah dekat dah ni dengan pencuriknya, inilah bukti paling kukuh, tapi hampeh.....saya jugak yang kena bayar kredit card yang dah disonglap tu!
p/s: jangankan awak, saya pun yang kerja gomen selalu tertangguh kerja dek kerana sikap orang2 gomen yang macam tu lerr.....bila dah lambat, kita jugakkk la yang kena. depa ni tak paham ke dengan teori domino?huh!
typical malay
Kes terbaru ni membuatkan saya lagi berbulu sgt dgn polis! Adik ipar saya meninggal eksiden dengan kompem disebabkan salah cina tu yg buat u-turn pd tmpt yg x blh. Malangnya polis panggil adik saya mintak settle luar jer ngan cina tu? Apa ni? brp juta lu sanggup bayar? klu bayar org yg mati tu leh idup semula ke? brp cina tu dh jolok polis?
paling sakit hati, kereta cina tu leh siap kluar balai gi bengkel repair...camna leh kluar sedangkan ni kes mati? brp lg kena jolok? Nasib baik ada peguam yg handle semua...klu x mmg bangsa sendiri tergadai dengan rasuah....sedih tul
kami mahu keadilan!
Apa nak jadi ngan polis sekarang ni. Bukannya nak tunjukkan kita ni menentang pemerintah tapi kenyataan tetap kenyataan walaupun pahit ditelan.
Post a Comment