Saturday, November 19, 2011

Marah

Dulu masa kecik-kecik, aku sering di anggap sebagai panas baran oleh keluarga. Aku jarang memikirkannya tapi sejak 2 menjak ni macam teringat semula part kenangan yang tu. Bila dipikir balik mungkin juga sifat tu ada dalam diri aku sebab dulu kalau aku mengamuk teruk juga *mangsa* samada barang ataupun manusia. Pernahla gaduh ngan abang sendiri sampai benjol2 kepalanya. Pernah juga mak aku sound aku pasal tengok tv banyak sangat aku campak kerusi belajar aku keluar rumah. Tapi tu kisah dulu dan aku tinggalkannya di belakang sebab aku tahu bila dah meningkat dewasa aku tak rasa aku panas baran. Boleh dikatakan aku tak menunjukkan langsung sikap panas baran aku tu sebab kalau ada perkara yang betul2 aku tak suka atau yang betul betul betul membuatkan aku marah sangat sangat, aku hanya mendiamkan diri. Diam seribu bahasa dan itu pada aku itu lebih baik daripada menunjukkan sifat marah walaupun disalahertikan seolah-olah aku 'merajuk' sedangkan aku sedang bersabar dan bertahan daripada bersikap negatif. Kawan-kawan rapat yang kenal aku pun ada men'describe'kan aku seorang yang cool saje selain tak banyak cakap. Itu cukup membanggakan walaupun aku taklah rasa seorang yang cool pun tapi sekurang-kurang ia menandakan aku takde sikap baran. Sepanjang aku kerja pun, aku perhatikan ramai rakan sekerja especially yang bos-bos menunjukkan sikap baran diorang dan paling ketara ada pada mereka yang mempunyai PR yang baik. Orang cakap orang yang pendiam pun kalau tak kena pada masanya pun lebih teruk barannya jika marah. Mungkin aku jatuh pada kategori tu walaupun ke saat ini aku rasa aku masih boleh mengawalnya. Insiden yang berlaku pada malam tadi nyaris membangkitkan semula sifat panas baran yang telah berpuluh-puluh tahun aku lupakan. Ia benar-benar suatu cabaran untuk mengawalnya. Sepanjang kemarahan yang sedang keluar, aku masih mampu berdoa kepada Allah supaya membantu aku dan aku bersyukur kerana hanya 20 peratus daripada kejahatan itu yang terlepas. Kalau aku tak kawal, rasanya dah banyak kemusnahan aku buat. Semoga sikap negatif itu terus kekal menjadi kenangan lampau dan tidak terbangkit dalam diri aku lagi. Biar luaran dan fizikal yang kurang tapi 'hati' perlu dijaga samada hati diri sendiri atau hati orang lain kerana hati sahaja yang boleh membawa kepada keamanan. Lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Mudah-mudahan.

0 comments: