Thursday, November 3, 2011

Blog dan gering

Dulu masa mula berblogging, terasa seronok sebab banyak member-member pun join sama. Sekarang memasing pun dah jarang update lantas secara tidak langsung kemalasan aku mengupdate blog pun semakin menjadi-jadi walaupun hari-hari bukak blog. Keinginan untuk membuat entry hanya bermain di minda sahaja. Sedangkan membuat status di fb pun aku malas apatah lagi membuat entry yang berjela2 beserta gambar bagai di blog. he2. Betul la agaknya kalau ikut buku analisa tarikh lahir yang pernah aku baca, aku tak sesuai membuat perniagaan internet. Bukak internet memang rajin tapi nak menyebuk-nyebukkan diri dalam urusan di dalamnya agak tidak konsisten.

Bercakap pasal gering ni, dah hampir sebulan jugak aku mengalami ketidaksihatan yang berterusan. Sebagai seorang yang jarang dapat sakit, bila tak berapa sihat tu terasa lain macam sikit la walaupun sakitnya tak seberapa..hehe. Lepas balik dari Kl tengok teater The Secret Agent of Nora tu (first time sey nengok teater)..aku dilanda selsema & demam lebih dari seminggu. Kesihatan yang lambat pulih disebabkan menyertai pertandingan ping pong terbuka kat JB kemudiannya. Demam-demam pun main redah je training dan lawan sukan macam orang hilang arah. Dah gitu..kaki pulak sakit2 sampai la ni tak baik-baik. Kalau menang takpe gak..hehe.

Baru sihat 3-4 hari, sekarang ni ni plak sakit tekak (perit betul terutamanya time tidur), batuk & demam lagi. Aduh..memang dugaan betul. Puncanya tak tahula...nak kata cuaca pun ye..tak cukup rehat pun mungkin juga. Asyik kerja, berjalan, kerja, berjalan..tulah kerja dan jalannya..huhu...apapun kesakitan yang kita dapat ni perlu aku anggap sebagai satu ujian dan dugaan. Susah-susah kita ni ada lagi orang lain yang lagi menderita. Apapun aku yang jarang-jarang gila pergi klinik ni (pernah setahun tak pergi klinik) sekarang sampai doktor tu pun dah kenal ngan aku. Mintak apa ubat pun dia bagi.

0 comments: