Monday, August 29, 2011

Ohh Raya

Dulu time-time form 4@5, pernahla time-time ujian esei BM tu cikgu suruh buat karangan tentang perayaan Aidilfitri & Tahun Baru Cina yang pada tahun tu berlangsung serentak. Antara yang aku ingatla ayat yang aku gunakan menggambarkan persiapan setiap perayaan; ketika orang-orang cina sebuk menggantung tanglong (ada ke tanglong time raya cina?)..orang-orang Islam pula sedang sebuk menyiapkan ketupat...wah..macam best plak kan karangan tu..dapat jugakla pujian dari cikgu..huhu..apa je aku ngarutkan ni..

Pada aku yang dah dewasa ketuaan ni..raya ni lebih meriah time-time sebelum raya..membeli belah macam-macam yang perlu dan tak perlu, dengar lagu-lagu raya, pergi bazar ramadhan sebab malas masak untuk buka ataupun memang berada kat luar tengah shoping, pesan kuih raya, pesan kerepek dan sebagainya. Bila dah raya takde rasa apa sangat pun..selalunya macamtu..lagi-lagi aku yang orang bandar ni. Malah bila dah raya takde feel sangat pun dengar lagu raya berbanding time puasa. Lepas tu..selalu je rasa reluctant nak g umah sedara mara (selagi belum kawin ni)..nanti banyak soalan cepu emas malas nak jawab...tapi nak taknak pergi gak le kan..huh..kalau la antisosial tu suatu perkara yang baik kan..hehe

Anyway..sepertimana aku pernah bilang sebelum ni..aku rasa Hari Raya adalah perayaan yang terhebat kat dunia. Time tu la..ada feel2 macam2..masa untuk orang ingat kisah-kisah lalu la...terkenangkan orang tersayang la tapi dalamasa sama ia dicanangkan sebagai hari kemenangan, hari mulia..hari bergembira. Malah ada lagu raya pun...pesan jangan bersedih..jangan berduka tapi rasanya satu pertiga lagu-lagu raya yang ada kat pasaran macam berentak sedih dan sayu. Pada satu ketika..aku pun confuse apa motif utama hari raya especially di kalangan orang melayu. Time raya pun ada pelbagai elemen contonya balik kampung, duit raya, ziarah menziarahi, minta ampun zahir batin, kuih raya, lagu raya, takbir raya, malam raya, shopping, open house, lawat kubur, baju raya, mengenang orang telah tiada atau peristiwa lepas, tak citer lagi macam-macam juadah time raya...the list goes on...no wonder raya sebulan.

Bercakap pasal shopping pun...time raya ni macam masa untuk menukar dan membeli segala-galanya..daripada pinggan mangkuk, langsir hingga ke kereta. Pelik bila dipikirkan tapi itulah budaya kita. Pernah la aku tanya sorang tauke cina ni yang jual alat-alat keperluan kedai macam besi-besi gantung, hanger dsb untuk pekedai-pekedai..dia kata time raya je barang-barang dia terjual pada tahap maksimum sampai sold out... time raya cina pun biasa-biasa je sale dia...Pada aku kalau aku beraya rumah orang..aku tak pernah kisah pun apa cawan atau pinggan mangkuk yang digunakan tuan rumah..aku tak pernah kisah sangat pun apa pakaian orang2 sekeliling time raya..yang penting nampak elok je..hehe..kesimpulannya kita beli-beli benda baru time raya ni samada untuk memuaskan nafsu, memenuhi keinginan diri atau ingin menunjuk-nunjuk..aku harap yang last tu bukan tujuannya kan..berdosa tu merasa riak..minta dijauhkan..apapun kesederhaanlah cara yang paling terbaik.

Oh raya datang lagi...syukur masih ketemu Ramadhan dan Syawal..moga ketemu lagi tahun hadapan dengan izin-Nya...Salam Lebaran buat pembaca blog syok sendiri ni dan maaf zahir batin.

1 comments:

Anipah Ahmad said...

Kiranya, entry cik fie spt huraian hari raya kpd kt semua...hebat! Bersetuju dgn apa yg dinyatakan. Kalau pelajar2 nak wat rujukan apa pengertian hari raya, comfirm sy syorkan supaya merujuk entry ini.

Sy pn bersetuju, masa nak raya la pelbagai yg adakalanya bkn keperluan dibelinya. Dgr tazkirah dr sorang ustazah, bulan ramadhan n syawal adlah bln rezeki, bkn stkt utk umat islam tp juga kpd yg bkn islam...tengok je la, brgn sold out apek yg jual besi gantung2 cm hanger tu...tokey tu rasanya bkn islam kan...