Tuesday, July 26, 2011

Kebun

Musim durian kembali lagi menghangati keinginan peminat-peminat durian seantero negara. Hampir genap 3 tahun akhirnya aku berkunjung kembali ke kebun milik Kamizan yang terletak di Muar ni. Kembali semata-mata kerana durian, durian dan durian. Tapi bila pikir balik bukan sebab durian pun tapi sebab dapat makan durian free, free dan free. Durian sedap2 kat Smart atau Pandan pun banyak kan. Penatlah nak wat caption banyak2..so tengok gambar jelah ye.


Kucing Kebun: Belang dan Putih
Jinak betul si Belang ni..siap mengekor ke mana kita g kat Kebun tu..

Si Putih ni plak pemalas skit nak ikut-ikut tapi ganas suka gigit dan mencakar

kena pegang barulah dapat tangkap muka si Putih ni

Terliur sendiri bila tengok gambar ni

Pondok kebun yang selesa..siap ada dapur, jamban..kalau ada letrik dah pasang aircond agaknya..

Sumber mata air bersih yang merupakan satu kelebihan di kebun ni yang mungkin jarang jumpa kat kebun-kebun lain

Siap boleh memancing lagi tu..ada ikan haruan..talapia...

ni haruan level anak ikan

yang ni memang ikan besar tapi tak ingat nama...bukan aku yang pancing le..tengok sahaja hobi orang lain



hasil daripada tauke kebun..

dah kat umah..seronok betul si Shasha dan Nurul ni makan durian pakciknya bawak..kalau umur panjang harap dapat lah pakcik gi lagi ke kebun tu ye..

6 comments:

asuhara sue said...

kira ni sedara buah ler ni, musim buah baru datang

zaidah said...

banyaknyer buah-buahan kat kebun dia tu.....seronok...

erienz said...

sedapnye....x pe, sok aku balik, aku lak snap gambar durian dari Jelai lak..

Kaff said...

asuhara: sedara mara bau bau durian je

zaidah: jemputla g ke kebun dia kalau tapi mintak izin tuannya la dulu..hehe

erienz: snap jangan tak snap..kalau boleh biar sampai beratus gambar dalam blog kau nanti ;P

Anipah Ahmad said...

Credit (card) kpda jurufoto kerana sudut2 gambar menarik diambil. Gambar buah2an yg mengiurkan...terutama raja buah ittes...raja pn dilihat sebagai mengiurkan ek, ingat puteri or permaisuri jerk...hehe...merapu suda.

artakus said...

che pah pantang menaip, memang merapu manjang! hehehe