Tanggal 9 Julai aku bersama-sama rakan menyarungkan baju berwarna kuning menyertai sekumpulan manusia untuk mencapai misi kemenangan. Kami bersungguh-sungguh meredah panas, berjalan kaki memerah tenaga dan minda untuk memastikan apa yang pihak penganjur mahukan dipenuhi dengan jayanya. Ramai yang menyalahanggapkan kami tapi kami pergi dengan niat yang suci walaupun seolah pada awalnya kelihatan terpaksa.
Pasti kepada yang peka akan mengaitkan perenggan di atas dengan perhimpunan 'haram' kat KL sana tu tapi aku dan rakan-rakan melakukan aktiviti Treasure Hunt anjuran Iskandar Malaysia sempena Johor Festival Art 2011..hehe..entah kenapa kebetulan ianya berlangsung pada tarikh yang serupa dan kesemua peserta diberikan baju berwarna kuning. Suratan atau kebetulan atau disengajakan atau who cares whatever.

Pertandingan yang disertai 'last minute' tanpa dirancang ini berlangsung sekitar Bandaraya Johor Bahru di mana kami perlu berjalan sejauh 2.5 km mengikut laluan ditetapkan untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Hint-hint jawapan adalah pada signboard atau bangunan. Selain itu juga kami perlu mendapatkan barang-barang tertentu berdasarkan soalan berbentuk riddle (level antarabangsa tu..). Sangat-sangat menyeronokkan. Fun gila. Team aku telah buat yang terbaik ke satu tahap masing-masing seolahnya yakin boleh menang tak kisah nombor berapa tapi nasib tidak menyebelahi sebab ramai team lain lagi bijak-bijak belaka...wow..huhu..
Apapun berkaitan dengan kejadian-kejadian kuning ni, suka aku nak link kan blog intelek tinggi (Mistifiles) ni untuk renungan kita bersama:
http://mistisfiles.blogspot.com/2011/07/sebenarnyakita-semua-sedang-dicaturkan.html
Pertandingan yang disertai 'last minute' tanpa dirancang ini berlangsung sekitar Bandaraya Johor Bahru di mana kami perlu berjalan sejauh 2.5 km mengikut laluan ditetapkan untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Hint-hint jawapan adalah pada signboard atau bangunan. Selain itu juga kami perlu mendapatkan barang-barang tertentu berdasarkan soalan berbentuk riddle (level antarabangsa tu..). Sangat-sangat menyeronokkan. Fun gila. Team aku telah buat yang terbaik ke satu tahap masing-masing seolahnya yakin boleh menang tak kisah nombor berapa tapi nasib tidak menyebelahi sebab ramai team lain lagi bijak-bijak belaka...wow..huhu..Apapun berkaitan dengan kejadian-kejadian kuning ni, suka aku nak link kan blog intelek tinggi (Mistifiles) ni untuk renungan kita bersama:
http://mistisfiles.blogspot.com/2011/07/sebenarnyakita-semua-sedang-dicaturkan.html



0 comments:
Post a Comment