Apa signifikannya nombor-nombor 2,20 dan 200? 2 bukanlah nombor bertuah aku walaupun nombor plat kereta aku pun 2022..hehe. By the way dah 2 bulan lamanya fanpage LoveThatShawl (LTS) berada di pasaran (starting Mei) ..dan target jangka masa pendek ketika itu adalah nak cari fan sebanyak 20 orang sahaja sekadar untuk tukar alamat URL kepada yang lebih proper. Alhamdulillah dengan kerjasama Harris Nahamphoto, sedikit demi sedikit kini dahpun capai 200 orang dalam tempoh 2 bulan. Populariti fanpage sedikit sebanyak mempengaruhi kadar pembelian online di web LTS. Kalau ikutkan, terlalu banyak fanpage yang menjalankan perniagaan yang serupa dengan fan yang mencecah puluhan ribu orang tapi itu bukan pematah semangat untuk bersaing. Doing something is better than nothing kan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..ceh..banyak pulak peribahasanya. Tapi pengajaran penting daripada angka-angka ini adalah untuk berjaya dalam sesuatu perkara perlukan kesabaran dan kata kunci yang penting adalah konsisten. Nak kata berjaya sangat tu taklah..tapi dengan mengambilkira LTS diuruskan secara part time sahaja, pada aku ia satu permulaan yang membanggakan.
x leh bukak lah pulak
1 day ago





4 comments:
kena teruskan usaha walau apa pun halangannya... usaha itu tangga kejayaan!
Bagus..bagus..aku bangga ngn ko Kaff...:)
reds: InsyaAllah..sama-sama kita berjaya
Fareast: thanks fareast..aku pun bangga ngan ko jugak
Post a Comment