Wednesday, June 16, 2010

tAg

Da lama tak jawab tag. Sesetengah orang rasa annoying kalau kena tag sebab nak kena jawab macam-macam. Aku plak rasa bagus la kena tag..sebab sekurang2nya ada juga la orang nak menyedari kewujudan blog kita..hehe. Tapi kadang-kadang tak pulak aku nak menyempatkan diri menjawab tag-tag berkenaan. Apa la aku ni kan. So baru-baru ni Ms.Erin pun telah men'tag' aku. Walaupun sebenarnya aku tak berapa faham konsep tag beliau..hehe..sorry erin..tapi aku gagahi menjawabnya.

Adakah anda happy sekarang?
Bila diselami..fakta yang umum boleh diaplikasikan iaitu semua orang akan sentiasa ada masalah dan juga sebab-sebab untuk gembira. So sekarang ni bar kegembiraan tu lebih sedikit la.


Kenapa anda happy?
Sebab nak wat trip jalan-jalan (harap jadi ler) plus apa yang keruh telah menjadi jernih semula.

Apa benda yang boleh membuatkan anda happy ?
Mempunyai masa untuk diri sendiri

Pernah menerima tag ?
of course...

Nyatakan warna yang anda sukai
coklat..tunjukkan saje pakaian berwarna coklat pasti aku akan cakap wow!

Beritahu 9 orang yang anda akan tag
sape-sape 9 orang yang pertama membaca entry ini...haha..kejujuran tahap dewa diperlukan untuk mereka rasa diri mereka di tag

Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag . Nak tulis berjela pun tapew ???
mereka adalah manusia yang celik IT (sebab pandai bukak blog)

Adakah anda happy dengan apa yang anda ada sekarang ?
syukur alhamdulillah

1 comment:

cheekongsejuk said...

wahh... jawab gak tag2 tu.. hehe.. cayalah uncle kaff.. selamat berholiday la ye.. mudah2an balik dengan kegembiraan & ketenangan.. wah..